Tuesday, November 17, 2009




PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DAN SEPAK TAKRAW SK LAYA-LAYA

Pada 3 November 2009 pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Bola Tampar dan Sepak Takraw bagi mengisi aktiviti murid-murid selepas Peperiksaan Akhir dan melalui pertandingan ini juga sesi pemilihan awal bagi calon-calon murid yang akan dilatih untuk mewakili sekolah bagi sukan peringkat daerah bagi tahun hadapan. Murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersungguh-sungguh sepanjang pertandingan diadakan.

Friday, November 6, 2009

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH

Persatuan Bola Jaring SK Laya-Laya telah menganjurkan pertandingan bola jaring pada 3 November 2009. Pertandingan ini diadakan bagi mengisi aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Sebanyak 6 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang disertai oleh murid-murid tahun 6, tahun 5 dan tahun 4.





Gambar peserta bola jaring



Gambar Pengurus Pasukan dan Urusetia Pertandingan Bola Jaring
(Dari kiri : Puan Noraidah Hj. Ahmad, Puan Hafidah Abdullah, Cik Suraya Hanie Jaya, Puan Sh. Rabiah Syed Abdillah,Puan Rosidah Kasan, Ustz. Suri Nor Azi Saidin, Puan Siti Sazana Shafie. Di bawah : Ustz. Wan Suria Wan Daud)

Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Penyerahan Komputer





Pada 9 Oktober 2009, SK Laya-Laya telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Pusat Sumber sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran, Pengerusi PIBG dan staff daripada Rasa Ria Resort bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pihak Rasa Ria Resort juga telah mendermakan dua buah set komputer kepada pihak sekolah.

Tuesday, October 20, 2009

Banjir....


Hujan lebat dari subuh pada 7 oktober 2009 (Rabu) telah menyebabkan sekolah mengalami banjir. Hujan yang lebat telah menyebabkan air melimpah masuk ke dalam bilik darjah. Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) tidak dapat diteruskan memandangkan keadaan bilik darjah yang dinaiki air.


Gambar bilik darjah yang dinaiki air

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pada 20 Ogos 2009, pihak sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tuaran. Latihan Dalam Perkhidmatan ini dijalankan selama sehari untuk guru-guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) SK Laya-Laya. Bagi slot pagi penceramah khas telah dijemput dari Unit Tatatertib Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan JPN Sabah, Puan Sa'adiah bt Zakaria. Manakala untuk slot petang telah diadakan bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT)oleh Guru Besar SK Laya-Laya sendiri


Guru Besar En. Andrew Gedeon bersama dengan Puan Sa'diaah Zakaria


Peserta kursus yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan bukan mengajar


Guru Besar memberikan cenderahati kepada penceramah.